Screen shot Selamat sedang asyik berjoget |
Video yang mendakwa Selamat sedang asyik berseronok serta bergoyang sakan dengan wanita lain di sebuah pesta telah tular di media sosial membuatkan rata-rata masyarakat heboh memperkatakan kembali kisah mereka.
Semenjak mula-mula mereka berkahwin lagi sudah heboh menjadi perbualan masyarakat di Indonesia, bukan itu sahaja kisah selepas mereka berkahwin juga begitu menarik perhatian ramai yang sibuk hendak tahu bagaimana mereka menjalani kehidupan berumah tangga dengan jarak usia mencecah 55 tahun.
Selepas berkahwin Selamat dikatakan telah mengurung isterinya Rohaya kerana takut bahawa isterinya itu akan bermain mata dengan lelaki lain kemudian kecoh pula pengakuan Selamat yang sanggup tidak pergi Solat Jumaat kerana takut akan merindui isteri yang baru sahaja di kahwininya itu.
Akibat daripada kisah mereka yang menarik perhatian ini, mereka telah di jemput menjadi tetamu di Jakarta dalam satu rancangan temu bual Hitam Putih yang di hoskan oleh Deddy Corbuzier.
Selepas program bual bicara terbabit selesai mereka sempat singgah ke Monas berjalan-jalan sebelum bertolak pulang semula ke kampung halaman mereka di Baturaja, Ogan Komering ulu.
Walau bagaimanapun, selepas mereka pulang sahaja ke kampung halaman kecoh pula mengenai sebuah video yang tular di media sosial yang memperlihatkan individu yang didakwa merupakan Selamat kantoi sedang mabuk dan berjoli sakan dengan beberapa orang wanita dalam satu majlis perkahwinan.
Video terbbait telah di muat naik ke media sosial sejak kelmarin serta telah menarik perhatian netizen yang rata-rata memberikan komen yang negatif.
Mana tidaknya, ada sesetengah netizen mengecam tindakan Selamat tersebut kerana sanggup meninggalkan isterinya sendiri di rumah manakala dia sibuk berjoli sakan di luar.
Walaupun suasana dalam video terbabit kelihatan gelap tetapi sesekali cahaya lampu yang terpancar memperlihatkan susuk tubuh Selamat yang memakai baju kemeja bergaris unggu sedang asyik berjoget bersama wanita lain.
Pada mulanya rata-rata netizen tidak mempercayai video terbabit dengan menafikan bahawa itu bukanlah Selamat tetapi selepas melihat serta mendengar sendiri video terbabit kedengaran seorang wanita yang bertanyakan "Artis mano ni, yang nikah dengan nenek-nenek kelmarin, mana nenek itu"? mengesahkan lagi bahawa itu sememangnya Selamat.
Dalam video terbabit kelihatan Selamat yang sedang berjoget dengan dikelilingi oleh orang ramai serta sesekali kelihatan seakan dia terhuyung-hayang seperti orang mabuk.
Malah kelihatan seorang wanita berbaju biru yang tanpa segan silu memegang bahu Selamat sambil berjoget tarian yang menggoda.
No comments:
Post a Comment