Tuesday, 25 July 2017

Diciptakan Bersama , Saya Pinjam Dulu Sebab Masa Tu Memey Kecil Lagi - Luah Abby Buat Netizen Sebak .



Berpisah tidak semestinya terus memutuskan silaturrahim sesama insan . Ada orang mengambil langkah positif dan cuba perbaiki kesilapan dan ada juga yang sombong berterusan tidak mahu mengaku kalah . 

Itulah yang terjadi dalam hubungan norman dan abby sekarang . Jika dilihat pasti sejuk hati dan gembira melihat kebahagian masing-masing .

Terbaru , pelakon Norman Hakim bersama isteri, Memey Suhaiza telah membuat kejutan kepaad Abby Abadi sempena ulangtahun perkahwinan bekas isterinya dan suami, Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali Jai Ezzany di kediaman mereka. 

Menerusi Instagram, Abby telah berkongsikan video dimana Norman hadir bersama isteri sambil membawa sebiji kek dan membuat kejutan itu sekaligus meraikan ulangtahun perkahwinan kali ke-2 mereka. 

Apa yang menarik perhatian adalah ucapan Abby buat bekas suaminya




"Terima Kasih 'Cinta' untuk segalanya. Kau berikan lagi kesempatan ini. Saya malu dan tak suka diraikan. Mohon Norman dan Memey jangan buat lagi. 

"Apapun Oman dan Memey memang diciptakan untuk bersama. Saya pinjam dulu sebab masa tu Memey kecil lagi," tulisnya menerusi laman Instagram. 

Rata-rata kenyataan itu telah menimbulkan reaksi terharu dalam kalangan peminat apabila melihat hubungan akrab diantara mereka biarpun sudah berpisah. 

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan mendoakan kebahagiaan buat Abby dan suami serta Norman dan isteri agar bahagia berpanjangan. 

Kalau tidak silap ketika Abby mengalami keguguran sebelum ini juga, Norman hadir memberikan kata-kata semangat serta sokongan buat bekas isterinya. 

Terharu pula melihat bagaimana mereka menjaga hubungan biarpun sudah tidak bersama, semoga ianya menjadi inspirasi buat orang lain.


sumber : IG abbyabadi112

No comments:

Post a Comment