AKHRNYA… terpaksa minta maaf. Itulah yang berlaku ke atas seorang lelaki yang menuduh pelakon Sofi Jikan mengurat pasangannya apabila dia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas kenyataan dia itu menjadi tular di laman sosial.
Individu yang dikenali sebagai Rayyan Haidaritu berkata, dia hanya salah sangka dengan tindakan pelakon KL Gangster itu yang memberikan senyuman kepada pasangannya ketika mereka sedang menikmati makan malam di Jawi, Pulau Pinang pada minggu lalu.
“Assalamualaikum, tujuan sebenar saya ingin memohon maaf kepada abang Sofi Jikan tentang masalah salah faham baru-baru ini.
“Saya minta maaf secara terbuka di atas kenyataan yang menuduh Sofi Jikan cuba menganggu pasangan saya sewaktu tengah makan sehingga menjadi viral di laman sosial,” ujarnya.
Sofi Jikan berkongsi status mengenai sifat cemburu seorang lelaki di Instagram miliknya sebelum ini.
Terdahulu pada Sabtu lalu, Sofi berang apabila dituduh memandang dan senyum kepada seorang wanita kononnya berstatus isteri orang di sebuah restoran di Pulau Pinang.
Menerusi laporan mStar Online, aktor itu, menjelaskan niatnya membalas senyuman kepada seorang peminat dan bukan mengurat wanita berkenaan seperti dituduh pemuda tersebut.
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/07/15/sofi-jikan-ngurat/
Dalam pada itu lelaki berkenaan berkata, dia juga sudah bertemu dengan Sofi bagi menjernihkan keadaan tersebut.
“Saya telah pun bersemuka dengan Sofi dan meminta maaf atas kesilapan yang saya lakukan itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Sofi berkata, perkara tersebut sudah diselesai secara baik apabila lelaki berkenaan datang bertemunya untuk meminta maaf, pada malam Sabtu lalu.
Tambahnya, dia juga tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki itu.
Sumber:- mstar
No comments:
Post a Comment