JIANGXI, CHINA - Seorang lelaki berusia 27 tahun yang sudah berkahwin, ditahan bersama seorang pelacur sebelum sempat melakukan hubungan seks, lapor China Press.
Difahamkan, Sun, 27, sebelum itu sedang menikmati makan malam dengan isteri dan rakan-rakannya pada 26 Julai, Rabu lalu.
Sun yang kehabisan rokok kemudian memaklumkan isterinya bahawa dia mahu pergi ke kedai berhampiran untuk membeli rokok. Dalam perjalanan ke kedai, Sun ternampak seorang pelacur seksi yang sedang menunggu pelanggan.
Tidak dapat mengawal nasfunya yang membuak-buak, Sun membuat keputusan untuk mengambil kesempatan itu untuk melanggan pelacur, sementara isteri dan rakannya masih berada di kedai makan, menunggu dia kembali dari membeli rokok.
Malangnya, hasrat lelaki itu terbantut apabila dia ditahan kerana pada waktu itu sepasukan polis telah datang dan memeriksa hotel berkenaan.
Ketika dalam perjalanan menuju ke bilik di mana pelacur terbabit menunggu, Sun terserempak dengan polis di koridor tingkat tujuh. Oleh kerana Sun berkelakuan agak mencurigakan, polis terus menahannya dan menyiasat lelaki itu.
Setelah disiasat, akhirnya lelaki itu mendedahkan tujuannya datang ke situ dan mengakui dia melanggan seorang pelacur yang sedang menunggunya di bilik nombor 714.
Berdasarkan pengakuan Sun, polis telah pergi ke bilik 714 dan mengetuk pintu bilik beberapa kali. Tetapi tiada sebarang respon dari penghuni di dalam bilik. Namun mereka terdengar bunyi bising dari bilik itu dan selepas 20 minit, polis terpaksa memecahkan pintu bilik dan mendapati ada seorang wanita di dalamnya.
Selepas disiasat, polis menemui sejumlah besar kondom dan wanita itu juga turut mengaku bahawa dia adalah pelacur.
Sun dan pelacur itu kemudian dibawa ke balai sebelum polis memaklumkan penahanan Sun kepada isterinya.
Isteri Sun tiba di balai polis dalam keadaan yang binggung dan menyangka polis tersilap menahan orang. Apabila dia bertanya pada suaminya yang menceritakan segala-galanya, wanita itu menjadi marah dan terus beredar meninggalkan lelaki itu di balai polis.
No comments:
Post a Comment