Sememangnya ramai yang menanti kehadiran ' orang baru ' dalam hidup penyanyi kesayangan NO 1 Malaysia . Namun masih belum rezeki lagi .
Terbaru , tersebar satu keputusan ujian klinikal terhadap sample darah kononnya milik individu bernama Siti Nurhaliza Tarudin akan menyiasat bagaimana maklumat berhubung kehamilan itu bocor.
Pihak berkenaan dikatakan tekejut apabila berita kehamilan tersebut mula dibincangkan di media sosial selain peminat turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi Siti Nurhaliza.
Menurut Mstar Online , satu sample darah individu yang dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya pada Isnin lalu oleh sebuah hospital.
Walaubagaimanapun , nama yang tertera tidak pasti sama ada milik Dato Siti ataupun penama yang sama nama dengan Siti .
Berdasarkan ujian klinikal sampel darah tersebut mendapati individu berkenaan dikatakan sedang hamil antara empat hingga lima minggu .
Berhubung spekulasi tersebut , suami Dato Siti , Dato Khalid memohon orang ramai berhenti menyebarkan berita berkenaan .
Umum mengetahui pada 1 Disember lalu Dato Siti mengalami keguguran pada usia kandungan 2 bulan .
Apapun ks dan kita semua akan mendoakan tok ti akan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi . InsyaAllah .
sumber : mstar Online
No comments:
Post a Comment