Sunday, 30 July 2017

Remaja dirogol 5 lelaki yang baru kenal di WeChat secara bergilir-gilir

Remaja dirogol 5 lelaki yang baru kenal di WeChat secara bergilir-gilir

9:38 AM

   


KOTA KINABALU, SABAH - Lima remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun ditahan dipercayai merogol seorang remaja perempuan 15 tahun secara bergilir-gilir di sebuah bangunan terbiar di Manggatal, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang Rabu lalu, mangsa yang baru mengenali lima remaja lelaki itu melalui aplikasi WeChat tiga minggu lalu, bertemu di sebuah taman. 

"Siasatan mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Manggatal sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Manggatal. 

"Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan terbiar itu dengan berjalan. Ketika dalam perjalanan, mangsa cuba melarikan diri. Namun suspek menghalangnya dan berjanji akan menghantar mangsa pulang ke rumah," katanya. 


Bagaimanapun, sebaik saja tiba di bangunan itu, mereka hanya berbual-bual kosong sebelum suspek memaksa mangsa berbaring di lantai. 

Mereka kemudian berbual-bual dalam masa dua tiga minit sebelum kelima-lima suspek bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir. 

"Hasil maklumat orang awam dan risikan polis, kelima-lima suspek berjaya diberkas polis dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas mangsa membuat laporan polis. 

"Semua suspek berusia 13 hingga 18 tahun direman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula Jumaat lalu sehingga 3 Ogos depan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol secara berkumpulan. 

Justeru, polis menasihatkan golongan ibu bapa agar tidak membiarkan anak terutamanya anak perempuan berjalan seorang diri bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa rogol.

Belum sempat PROJEK LUAR, suami dicekup bersama pelacur


   


JIANGXI, CHINA - Seorang lelaki berusia 27 tahun yang sudah berkahwin, ditahan bersama seorang pelacur sebelum sempat melakukan hubungan seks, lapor China Press. 

Difahamkan, Sun, 27, sebelum itu sedang menikmati makan malam dengan isteri dan rakan-rakannya pada 26 Julai, Rabu lalu. 

Sun yang kehabisan rokok kemudian memaklumkan isterinya bahawa dia mahu pergi ke kedai berhampiran untuk membeli rokok. Dalam perjalanan ke kedai, Sun ternampak seorang pelacur seksi yang sedang menunggu pelanggan. 

Tidak dapat mengawal nasfunya yang membuak-buak, Sun membuat keputusan untuk mengambil kesempatan itu untuk melanggan pelacur, sementara isteri dan rakannya masih berada di kedai makan, menunggu dia kembali dari membeli rokok. 

Malangnya, hasrat lelaki itu terbantut apabila dia ditahan kerana pada waktu itu sepasukan polis telah datang dan memeriksa hotel berkenaan. 

Ketika dalam perjalanan menuju ke bilik di mana pelacur terbabit menunggu, Sun terserempak dengan polis di koridor tingkat tujuh. Oleh kerana Sun berkelakuan agak mencurigakan, polis terus menahannya dan menyiasat lelaki itu. 

Setelah disiasat, akhirnya lelaki itu mendedahkan tujuannya datang ke situ dan mengakui dia melanggan seorang pelacur yang sedang menunggunya di bilik nombor 714. 


Berdasarkan pengakuan Sun, polis telah pergi ke bilik 714 dan mengetuk pintu bilik beberapa kali. Tetapi tiada sebarang respon dari penghuni di dalam bilik. Namun mereka terdengar bunyi bising dari bilik itu dan selepas 20 minit, polis terpaksa memecahkan pintu bilik dan mendapati ada seorang wanita di dalamnya. 

Selepas disiasat, polis menemui sejumlah besar kondom dan wanita itu juga turut mengaku bahawa dia adalah pelacur. 

Sun dan pelacur itu kemudian dibawa ke balai sebelum polis memaklumkan penahanan Sun kepada isterinya. 


Isteri Sun tiba di balai polis dalam keadaan yang binggung dan menyangka polis tersilap menahan orang. Apabila dia bertanya pada suaminya yang menceritakan segala-galanya, wanita itu menjadi marah dan terus beredar meninggalkan lelaki itu di balai polis. 

Polis Akan Ambil Tindakan Kumpulan Pelajar Perempuan Yang Membelasah Rakan Secara 'Berjemaah'


Video sekumpulan pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di Kunak telah menjadi viral di media sosial kerana menumbuk dan menendang seorang rakan mereka secara beramai-ramai. 

Dalam video tersebut kejadian berlaku di atas padang sebuah sekolah di daerah tersebut. Mangsa ditumbuk sebelum beberapa lagi pelajar perempuan turut masuk campur tangan dan mengambil kesempatan dengan menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi. 



Menerusi video yang berdurasi selama 1 minit 39 saat itu, mangsa cuba mengelak namun terus dibelasah sehingga mangsa terjatuh. Namun kumpulan pelajar tersebut terus memijak dan menumbuk mangsa. Mangsa juga turut merayu supaya berhenti dari membelasahnya tapi tidak diendahkan oleh kumpulan pelajar berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

"Kejadian itu benar dan polis menyiasatnya," katanya. 

Tersalah Masuk Tandas, Kanak-kanak OKU Berusia 9 Tahun Dipukul

Sarawak - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) telah di pukul hanya kerana dikatakan tersalah masuk tandas.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di bilik sewa berdekatan dengan court Medan Raya Bintulu pada Jumaat yang lalu.

Menurut penghuni yang menghuni di kawasan bilik sewa terbabit terdapat dua unit tandas yang sepatutnya di kongsi oleh semua penyewa yang menyewa di bilik sewa di kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun lelaki terbabit yang merupakan seorang penyewa baru yang baru sahaja masuk menyewa di bilik sewa terbabit secara tiba-tiba berlagak umpama dia merupakan seorang 'taiko'

telah menetapkan bahawa hanya satu tandas sahaja yang boleh di gunakan oleh penyewa lain manakala satu lagi khas buatnya.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa pukul terbabit tinggal di salah sebuah bikik sewa di situ, sebelum kejadian di katakan mangsa telah tersalah masuk ke bilik air yang telah di tetapkan oleh lelaki terbabit bagi mencuci pinggan mangkuk.

Lelaki berkenaan yang mengetahui bahawa mangsa telah memasuki bilik air yang di khaskan untuknya kemudian telah bertindak menampar serta menyepak mangsa.

Ketika kejadian terbabit mangsa berada di bawah jagaan seorang jiran yang berusia 14 tahun di sebabkan ayah kepada kanak-kanak itu sedang bekerja.

Bapa mangsa yang mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu terus bergegas pulang ke rumah dari tempat kerja dan telah menyebabkan berlaku pertengkaran antara ayah mangsa bersama dengan lelaki berkenaan.

Bapa mangsa yang tidak berpuas hati mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu kemudiannya telah membuat laporan polis.

Lelaki berkenaan yang mengetahui bahawa terdapat laporan polis telah di buat menyebabkan dia bertindak melarikan diri.

Wednesday, 26 July 2017

GADIS SUKA TIDUR BOGEL DIROGOL RAKAN SERUMAH KERANA LUPA KUNCI PINTU

Setiap orang mempunyai tabiat tidur mereka yang tersendiri. Misalnya, ada yang tak boleh tidur tanpa bantal busuk dan ada juga yang suka mendengar lagu sebelum tidur.

Bagi gadis yang bernama Chen ini, dia juga mempunyai habit tidur yang agak ‘luar biasa’ berbanding orang lain. Dia suka tidur dalam keadaan telanjang!

Tidak salah sebenarnya, malah ada juga yang mengatakan ia sebenarnya bagus untuk kesihatan. Tetapi tindakan ini menemui padahnya apabila dia telah dirogol dan dicabul oleh rakan serumahnya sendiri.

 

Menurut Chinapress, gadis berumur 19 tahun itu telah menyewa sebuah bilik di dalam rumah bersama dua orang lelaki.

Pada hari kejadian, dia terlupa untuk mengunci pintu bilik dan apa yang berlaku seterusnya memang amat menyedihkan.

Gambar hiasan

Semasa Chen sedang lena tidur, rakan serumahnya telah pergi ke tandas untuk membuang airdan semasa dia lalu di depan bilik mangsa, dia telah perasan bahawa Chen tidak mengunci biliknya.

Dia terus membuka pintu tersebut dan melihat gadis itu sedang nyenyak tidur dalam keadaan bogel. Namun, sebelum dia mula mendekati mangsa, dia cuba untuk mengetuk pintu bilik itu beberapa kali untuk melihat jika gadis itu akan terbangunataupun tidak. Licik betul!

Ternyata gadis itu memang betul tidur mati jadi dia pun memberanikan diri untuk mendekati gadis tersebut lalu merogolnya.

 

Gambar hiasan

Selesai merogol, dia keluar dari bilik tersebut dan terserempak dengan seorang lagi rakan serumahnya. Dia menceritakan kejadian tersebut dan lelaki itu pula mahu merebut peluangnya juga.

Tetapi nasib baik kali ini, Chen terbangun ketika lelaki tersebut betul-betul sedang membuka seluarnya. Dia terus menjerit meminta tolong lalu kedua-dua rakan serumahnya terus melarikan diri.

Gambar hiasan

Sejurus selepas itu, dia terus ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Apabila ditanya pihak polis mengapa dia tidak bangun dari tidur semasa dia sedang dirogol, dia hanya menjawab bahawa dia tidak perasan dan pada ketika itu dia sedang tidur mati dan mengingat perkara tersebut cuma mimpi ‘basah’ sahaja.

Polis kini sedang menyisat tentang perkara tersebut dan memburu suspek yang berkenaan.

Sebab itu kita kena sentiasa berjaga-jaga dan jangan beri peluang untuk orang mengambil kesempatan terhadap kita. Ingat, angan takut untuk bersuara kalau memang pernah jadi mangsa – Lobak Merah

Ujian Kehamilan Dato Siti Nurhaliza Tersebar , Siapa Yang Bocorkan Maklumat Siti Hamil ??




Sememangnya ramai yang menanti kehadiran ' orang baru ' dalam hidup penyanyi kesayangan NO 1 Malaysia . Namun masih belum rezeki lagi .

Terbaru , tersebar satu keputusan ujian klinikal terhadap sample darah kononnya milik individu bernama Siti Nurhaliza Tarudin akan menyiasat bagaimana maklumat berhubung kehamilan itu bocor. 

Pihak berkenaan dikatakan tekejut apabila berita kehamilan tersebut mula dibincangkan di media sosial selain peminat turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi Siti Nurhaliza. 

Menurut Mstar Online , satu sample darah individu yang dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya pada Isnin lalu oleh sebuah hospital.


.

Walaubagaimanapun , nama yang tertera tidak pasti sama ada milik Dato Siti ataupun penama yang sama nama dengan Siti . 

Berdasarkan ujian klinikal sampel darah tersebut mendapati individu berkenaan dikatakan sedang hamil antara empat hingga lima minggu .

Berhubung spekulasi tersebut , suami Dato Siti , Dato Khalid memohon orang ramai berhenti menyebarkan berita berkenaan .

Umum mengetahui pada 1 Disember lalu Dato Siti mengalami keguguran pada usia kandungan 2 bulan .

Apapun ks dan kita semua akan mendoakan tok ti akan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi . InsyaAllah .

sumber : mstar Online

6 SEBAB PELIK Kenapa Israel TAKUT Dengan Briged Al Qassam. No #4 Sangat WOW


Isu pembantaian Israel terhadap warga Palestin di Masjid Al Aqsa, kiblat pertama umat Islam ini mula mendapat perhatian dunia. Kemuncaknya, Briged Al Qassam dari Gaza telah beri kata dua kepada Israel.

Persoalannya apa hebatnya Al Qassam ni sampai Israel pun boleh berubah keputusan. Ikuti jawapannya di bawah.

BILANGAN ANGGOTA AL QASSAM YANG SEDIKIT TAPI BERKUALITI

Briged Al Qassam adalah sayap ketenteraan HAMAS mempunyai seramai 30’000 keanggotaan. Israel laknatullah pula yang kononnya diakui menduduki tempat ke-4 Tentera terbaik dunia memiliki keanggotaan seramai 720’000 orang masih belum mampu meranapkan pertahanan Briged Al Qassam. Perlu ingat, Israel memiliki keupayaan ketenteraan yang canggih dan mempunyai sekutu rapat yang memberi dana dan sokongan padu kepada mereka.

Umpama langit dan bumi bukan kalau dinilai kedua dua pasukan. Persoalannya, hari ini sudah masuk hari ke-39, Israel masih gagal mengambil tanah Gaza walaupun sejengkal! Ini rahsia kekuatan Briged Al Qassam

1. UNIT KOMANDO AL QASSAM YANG LICIK

Keberanian komando Al Qassam terkenal dalam strategi peperangan pelbagai. Sebahagian besar kematian tentera Israel adalah disebabkan oleh serangan darat Komando Al Qassam. Operasi dilakukan secara tersusun dan mesti dilakukan selama dua minit untuk melakukan serangan dan berundur semula ke terowong. Strategi yang menonjol adalah jerangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel dengan alat kawalan jauh.

2. TERTUBUHNYA SKUAD AMFIBIA AL QASSAM

Buat pertama kali dalam sejarah, negara haram Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. Skuad ini dikenali sebagai skuad amfibia. Jumlahnya tak ramai tapi cukup membuatkan musuh tak lena tidur malam. Mereka berjaya menyelinap ke sebuah kem tentera dan melakukan serangan darat secara berdepan.

3. PEMILIKAN ROKET R-160 BERJARAK JAUH

Israel kan dalam Palesin dan Palestin pun dalam Israel. Jadi jarak kedua negara ini sangat dekat dan rapat-rapat. Dengan adanya stok roket R-160 ini, Israel selalu berfikir dahulu sebelum buat apa-apa ancaman. Roket ini mampu menjangkau sehingga 160km dan pernah berjaya dilancarkan ke Haifa, bahagian paling utara negara haram tersebut. Tiada lagi tempat selamat untuk rakyat israel.

4. SENJATA PENEMBAK TEPAT “GHOUL” BUATAN SENDIRI

Sniper atau senjata penempak tepat yang diberi nama Ghoul ini mampu mencapai jarak sejauh 2km sedangkan sniper biasa hanya mampu pergi sejauh 1km sahaja. Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik. Dan paling best adalah senjata ini adalah buatan Palestin dan banyak negara pun mula berminat untuk memilikinya.

5. PELANCAR ROKET ANTI IRON DROME

Ini sangat memeningkan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika. Sistem Iron Drome yang didakwa sebagai sistem penangkas roket terbaik dunia boleh bocor juga di tangan teknologi roket Briged Al Qassam. Ini memalukan Israel dan Amerika sehingga memaksa Amerika mengeluarkan jutaan dollar untuk menyediakan teknologi baru iron Drome.

6. MEMILIKI PESAWAT TANPA PEMANDU DRONE

Sekali lagi Israel dimalukan setelah Ababil, nama pesawat tanpa pemandu DRONE pertama Briged Al Qassam membuat tinjauan udara di tanah haram israel tanpa disedari. Kehebatan ini diakui sendiri oleh Israel hingga terpaksa menanggung rugi dan malu teramat. Ayuh kita doakan kemenangan buat umat Gaza dan Palestin.

Sumber: http://khalifahmailonline.com

Tuesday, 25 July 2017

Diciptakan Bersama , Saya Pinjam Dulu Sebab Masa Tu Memey Kecil Lagi - Luah Abby Buat Netizen Sebak .



Berpisah tidak semestinya terus memutuskan silaturrahim sesama insan . Ada orang mengambil langkah positif dan cuba perbaiki kesilapan dan ada juga yang sombong berterusan tidak mahu mengaku kalah . 

Itulah yang terjadi dalam hubungan norman dan abby sekarang . Jika dilihat pasti sejuk hati dan gembira melihat kebahagian masing-masing .

Terbaru , pelakon Norman Hakim bersama isteri, Memey Suhaiza telah membuat kejutan kepaad Abby Abadi sempena ulangtahun perkahwinan bekas isterinya dan suami, Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali Jai Ezzany di kediaman mereka. 

Menerusi Instagram, Abby telah berkongsikan video dimana Norman hadir bersama isteri sambil membawa sebiji kek dan membuat kejutan itu sekaligus meraikan ulangtahun perkahwinan kali ke-2 mereka. 

Apa yang menarik perhatian adalah ucapan Abby buat bekas suaminya




"Terima Kasih 'Cinta' untuk segalanya. Kau berikan lagi kesempatan ini. Saya malu dan tak suka diraikan. Mohon Norman dan Memey jangan buat lagi. 

"Apapun Oman dan Memey memang diciptakan untuk bersama. Saya pinjam dulu sebab masa tu Memey kecil lagi," tulisnya menerusi laman Instagram. 

Rata-rata kenyataan itu telah menimbulkan reaksi terharu dalam kalangan peminat apabila melihat hubungan akrab diantara mereka biarpun sudah berpisah. 

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan mendoakan kebahagiaan buat Abby dan suami serta Norman dan isteri agar bahagia berpanjangan. 

Kalau tidak silap ketika Abby mengalami keguguran sebelum ini juga, Norman hadir memberikan kata-kata semangat serta sokongan buat bekas isterinya. 

Terharu pula melihat bagaimana mereka menjaga hubungan biarpun sudah tidak bersama, semoga ianya menjadi inspirasi buat orang lain.


sumber : IG abbyabadi112

Premis kenakan caj 30 sen 'ikat tepi' dikompaun KPDNKK


SHAH ALAM, SELANGOR - Premis yang mengenakan caj tersembunyi (ikat tepi) pada minuman yang dibungkus, yang viral di media sosial baru-baru ini, dikenakan kompaun, lapor Sinar Harian. 

Dalam tindakan pemantauan dan penguatkuasaan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati, premis berkenaan gagal mempamerkan tanda harga dan tanda harga bagi caj tambahan bagi minuman bungkus ikat tepi (RM0.30). 

"Justeru, premis itu telah dikenakan kompaun (denda) di bawah kesalahan AKHAP 2011," kata kenyataan KPDNKK di Facebook rasminya, hari ini. 

KPDNKK juga turut memberi amaran kepada peniaga premis berkenaan agar mempamerkan tanda harga termasuk caj tambahan RM0.30 bagi minuman yang dibungkus.

Terdahulu, viral gambar resit bayaran pelanggan dikenakan caj tersembunyi bagi minuman bungkus (ikat tepi) dengan harga 30 sen yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang tidak berpuas hati dengan peniaga berkenaan. 

Bagaimanapun, wakil premis berkenaan tampil memberi penjelasan serta melakukan demonstrasi perbezaan minuman yang diminum di kedai berbanding dengan minuman yang dibungkus. 

Dalam penjelasannya itu, wanita itu berkata minuman yang dibungkus mengandungi lebih air berbanding minuman yang diminum di kedai. Dalam masa yang sama, wanita itu berkata 30 sen 'it's nothing' bagi mereka, menyebabkan netizen bertambah berang dan mula mengkritik kata-katanya itu. 

Semalam, KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memeriksa premis tersebut yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar. Sepasukan penguatkuasa telah menjalankan pemeriksaan terhadap penandaan harga di premis perniagaan di kawasan tersebut. 

Sebanyak 14 premis perniagaan termasuk kedai menjual pakaian dan mini market diperiksa dalam operasi tersebut.

Gigi&Gusi: 'Aku hampir pijak dan tikam anak sendiri dengan pe...

Gigi&Gusi: 'Aku hampir pijak dan tikam anak sendiri dengan pe...:     Bismillahirahmanirahim Since ramai sangat tanya aku apa masalah selepas aku bersalin, sekarang aku nak share kisah suka duka aku. Da...

'Aku hampir pijak dan tikam anak sendiri dengan pen ketika dalam pantang'


   
Bismillahirahmanirahim
Since ramai sangat tanya aku apa masalah selepas aku bersalin, sekarang aku nak share kisah suka duka aku. Dah lama aku nak share sebenarnya tapi masa tak mengizinkan. Sebelum tu aku nak ucapkan happy birthday kepada my sonshine Muhammad Akif Ziqri. Semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah s.w.t. Amin.
Mama papa sayang akif sangat-sangat. 
Pernah dengar 'Post partum depression' atau 'meroyan' dalam erti kata lain ? Kalau tak tahu, boleh google ye. Niat aku nak share supaya boleh bagi pengajaran pada orang lain dan korang boleh bersedia mental dan fizikal. Jangan nak pandang remeh dengan orang yang kena meroyan ini.
Dipendekkan cerita, selepas bersalin aku balik ke kampung untuk sambung berpantang di sana. Hari pertama di kampung, aku dah rasa lain macam. Masa itu hari yang keempat aku bersalin, malam itu aku tak boleh tidur sebab baby menangis (maybe sebab penat naik kereta agaknya).
Hari kelima selepas bersalin, jururawat datang check wound aku. Jururawat cakap wound gapping(jahitan terbuka). Memang down sangat masa itu, menangis saja. Pergi ke hospital untuk second suturing (jahit untuk kali kedua). Sakitnya hanya Allah yang tahu, sampai terketar-ketar menahan sakit.
Baby memang aku tak nak sentuh lansung sebab bagi aku, memberi beban pada aku. Selagi boleh, aku elak nak pegang dia. Aku pun tak tahu kenapa datang perasaan itu sedangkan aku dengan suami memang gembira sangat dengan kehadiran baby kami yang pertama.
Bermulala kisah berpantang paling tragis. Selepas kena jahit hidup hidup, malam itu aku tak boleh tidur. Aku mengantuk tetapi memang aku tak boleh pejam mata. Siang hari pun aku tak boleh tidur. Lima malam lima hari aku memang tak boleh tidur.  Aku rasa nak lari dari dunia (mati).
Korang rasa otak boleh berfikir secara rasional tak bila dah tak tidur bermalam-malam? Sudah tentulah tidak, kan? Suami pula tiada di sisi sebab tengah final exam. Walaupun aku jururawat, kerja malam 3 malam pun still okey sebab siang hari boleh tidur. Ini lima hari lima malam tanpa tidur walaupun sesaat.
Apa aku buat? Aku berfikir entah apa-apa. Nak bunuh diri la, otak aku ini sentiasa berpusing-pusing.
Nipple pula crack, sakit weh. Dengan lukanya nak bagi pada baby. Fuhh! Mencabar betul. Aku ingatkan senang saja nak breastfeed baby tetapi dah rasa sendiri barulah aku tahu susah rupanya sampai aku dah give up.
Sebelum ini dengar-dengar orang cakap susah tetapi aku tak percaya. 
"Alaa, senang je tu. Breastfeed baby, apa susah?" kata aku dalam hati.
Tiap-tiap minggu suami aku kena balik walaupun tengah exam. Family tak tahu nak buat apa dah. Aku asyik menangis saja. Aku dengan baby? Seram bila nak ingat balik. Aku hampir nak pijak baby, nasib baik aku cepat-cepat pergi ke dapur. (Alhamdulillah). Nak baling baby dari koridor ke bawah pun ada, nak tikam dengan pen. Alhamdulillah family tak tinggalkan aku seorang-seorang.
Bila pejam mata nak tidur, otak ini asyik berpusing saja. Memang tak boleh tidur, aku menangis sebab nak tidur tapi tak boleh. Macam-macam bidan, ustaz and so on, memang tak jalan. 
Suami aku balik hujung minggu itu,aku terus ajak suami aku pergi hospital nak jumpa doktor psikiatri. Family dan suami pada awalnya membantu tetapi aku merayu sebab aku takut tengok keadaan aku akan menjadi semakin teruk. Aku pernah belajar tentang medical illness, sedikit sebanyak aku tahu simptom itu.
Nak tak nak, mereka terpaksa bawa juga. Aku pergi HUSM, dapat naik kereta aku rasa heaven (sebab baby tinggal di rumah). Okey, masa itu aku beritahu pada suami, aku tak suka baby. Suami kata jangan layan perasaan itu.
Jumpa doktor, doktor nak masukkan aku ke wad. Aku nak sangat sebab aku nak lari dari baby, tetapi suami tak bagi. Jadi aku balik rumah dan kena makan ubat tidur. Selepas telan ubat tidur,aku lagi suka sebab tak boleh bagi susu pada baby (sedangkan aku decide nak fully breastfeed).
Pagi itu, suami kena balik ke Kuala Lumpur sebab nak final exam. Menangis lagi aku. Baby? Memang family aku sajalah yang ambil tahu. Siang saja aku breastfeed, malam memang ibu mertua dan kakak ipar aku yang bangun untuk tukar pampers dan bagi baby susu.
Orang tengok aku tidur, tapi sebenarnya aku tak boleh tidur (even aku telan ubat). Apa yang korang rasa bila mimpi itu macam real? Aku penat sangat sebab bila bangun itu, aku tak pernah rasa tidur. Otak sentiasa bergerak.
Tiap-tiap malam rasa yang sama. Sudahlah mimpi yang sangat menakutkan. Bila sedar itu, tanya diri sendiri. "Eh betul ke mimpi tadi?" Selepas itu mulalah berfikir sendiri dan mula bercakap yang bukan-bukan.
Macam mana nak describes pada korang ek feeling itu? Contohnya, cuba bayangkan bila kita berada dalam lif dan tiba-tiba lif rosak. Dalam lif itu penuh sesak dengan orang. Rasa nak bernafas pun tak boleh. Rasa tak? Mesti macam-macam perasaan akan timbul, kan? Begitulah lebih kurang sikit perasaan itu.
Panjang lagi cerita ini tapi aku habiskan sampai sini saja (nanti penat pula baca).
Macam-macam perubatan yang kami cuba. Dengan izin Allah aku semakin pulih walaupun sekarang tak pulih sepenuhnya. (Kena continue tca and medication on daily)
Kesimpulannya, jangan ingat berpantang ini senang. Macam-macam emosi akan timbul. Bukan aku minta benda macam ini nak terjadi pada aku tapi Allah dah pilih aku untuk diuji. Benda-benda macam ini semua boleh dapat, walaupun kau doktor, cikgu, engineers atau apa apa saja. Allah nak uji hambaNya tak kira umur, pangkat dan darjat.
Please beware kalau rasa sesuatu tak kena dengan diri kita, jangan malu nak jumpa kaunselor. Tak semua yang jumpa kaunselor itu 'gila'. Abaikan stigma masyarakat yang negatif. Cari kawan-kawan yang sentiasa positif. 
Sumber: Ida Mohammad

Monday, 24 July 2017

Dua beradik terjun dari tingkat 5, alami depresi sejak 8 tahun lalu


BANDUNG, INDONESIA - Dua wanita maut selepas bertindak terjun dari tingkat lima bangunan apartment Gateway di Jalan Ahmadyani, Kota Bandung, petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Elviana Parumbak, 28, dan Eva Septiani Parumbak, 34, yang merupakan adik-beradik berasal dari Makassar, Sulawesi Selatan, terjun dari ketinggian lima tingkat dalam jarak waktu yang berbeza. 

"Kalau tidak salah, mereka lompat dari tingkat lima. Setelah wanita yang pertama melompat, lebih kurang lima minit kemudian wanita yang kedua pula melompat," kata Reza Setiawan, juru parkir di bangunan kediaman itu. 


Sebelum itu katanya, orang ramai yang berada di bawah apartment menasihatkan kedua-duanya wanita itu agar tidak meneruskan niat mereka.

Masuk Jari Dalam Dubur, Lelaki Penjaga Kolam Udang Liwat Mengaku Bersalah Liwat Dua Anak Tiri



Harapkan pegar, pegar makan padi! Khairul Azwan Ismail, 24, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas lima pertuduhan melakukan perhubungan seks ke atas dua anak tiri lelakinya.

Azwan yang juga merupakan seorang penjaga kolam udang mengaku bersalah meliwat mangsa yang masing-masing berusia sebelas dan tujuh tahun. Pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.

Memetik laporan Utusan Online, bagi empat pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meliwat dan memasukkan jari ke dubur mangsa berusia 11 tahun manakala bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa memasukkan jari ke dalam dubur mangsa berusia tujuh tahun.

Perbuatan jijik itu dilakukan antara April tahun lepas hingga bulan ini di beberapa lokasi di Daerah Mersing.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 377C dan 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan

Sunday, 23 July 2017

25 Ayat Penumbuk Ketika Berhadapan Musuh

Ilmu Kebatinan Melayu yang mempunyai amalan-amalan penumbuk atau jurus-jurus yang boleh digunakan semasa kecemasan apabila menghadapi musuh yang ramai atau musuh yang lebih handal di dalam langkah persilatan.

Bagaimana pun Silat Melayu mempunyai amalan kebatinan tersendiri samada daripada ayat-ayat Quran, Doa-doa atau serapah mantera didalam bahasa melayu, jawa atau sebagainya.

Ayat ayat jurus tanpa cara dan amalan menggunakannya berikut ini adalah sekadar pengetahuan terutama bagi orang melayu sendiri betapa bangsa melayu adalah kaya dengan seni persilatan berserta ilmu kebatinannya.


1. Penumbuk maut 

Qulu binafsin zala-ikatal maut

2. Penumbuk ke liang kubur 

Wa-i-za batash tum batash tum jabbarin

3. Pembuka pagar batin 

Wah dah niah (sesetengah orang mempunyai pendinding batin yang sukar ditembus musuh untuk menghampiri, maka ayat tersebut bertujuan memecah pendinding ini).

4. Menangkap pukulan 

Innallah Allahuakbar

5. Pedang 

Lakum dinukum wali-yadin (Tangan akan menjadi tajam seperti pedang/parang).

6. Tekan bumi 

Taskaralakum dinallah (Apabila musuh menyerang, ayat dibaca sambil tumit dihentak, maka musuh akan terlekat dibumi selagi kaki tidak diangkat, selagi itulah musuh terlekat kaku).

7. Pembakar musuh 

Illa manis taroqassaam’a fa-atba’ahu shiha bum mubin

8. Gayung 

Syumma dammar-nal akarin

9. Kunci 

Qul kunu hijarotan a’u hadidan

10. Penumbuk hancur 

Fa dammar naha tad-miran

11. Baju besi 

Wasarabila taqikum-basakum

12. Pengerun 

Lauwahatun lil-basyir

13. Penderas 

Fassa-bi qoti-sab-dan


14. Senja ghaib 

Walahum-maqo-mi ‘umin hadidin

15. Ayat Hikmah 

Rabbi-habli hukman wa-al hiq-ni bish sholihin

16. Perapuh 

Fakanat haba ‘an-mun ba tsa

17. Tekan bumi 

Iza rujjatil ard-dhu rajjan

18. Pukulan angin 

Fi samu-mun wahami-min

19. Pukulan jantung 

Tsum-ma laqo-thaq’ na minhul-watin

20. Penangkap 

La a-khazna-minhubil yamin

21. Panah api 

Wa syu-hu-ban

22. Pemanas 

Innaha-la zha naz-za ‘atan lil sya-wa

23. Ayat dengar 

Wa-anna ku-na naq ‘u-du minha maqo-‘edi-lis sam ‘e

24. Penjaga gelanggang 

Faman yasta-mi -‘il ana yajid –lahu syiha ban rasha-dan

25. Tembus mata 

Al naj huth- tsa – qibu

Peringatan: Amalan ayat-ayat di atas perlulah berguru dan menurut tertib amalannya. Jangan amal sembarangan.

Saturday, 22 July 2017

Gambar Rasmi Pertama Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah


KUALA LUMPUR: Royal Press Office, Johor menyiarkan gambar rasmi pertama Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah yang dijadualkan berkahwin pada 14 Ogos ini.

Gambar yang menunjukkan Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad dalam pakaian tradisi Melayu dan pakaian kasual di Istana Bukit Serene di Johor Bahru itu, diambil pada minggu lalu.

Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos, diikuti dengan istiadat nikah, manakala upacara bersanding akan diadakan pada jam 8 malam pada hari yang sama di Bilik Singgahsana, Istana Besar.

Tunku Tun Aminah, yang dilahirkan pada 8 April 1986, adalah anakanda kedua daripada enam beradik dan satu-satunya anak perempuan kepada Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Bakal suaminya, atau nama asal Dennis Verbaas dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berhampiran Amsterdam, Belanda.


ROYAL Press Office, Johor menyiarkan gambar rasmi pertama Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah. - Foto Royal Press Office Johor

Sumber: Berita Harian

Ibu Dedah Bagaimana Nur Sajat Ambil Langkah Drastik Jadi Mak Nyah

Mungkin sukar dipecayai yang Nur Sajat ini dilahirkan sebagai lelaki. Menurut Sajat, Mak Nyah ini hanyalah satu nama. Baginya tak semua Mak Nyah kerja sebagai pelacur. Ada yang kerjaya sebagai model, peguam dan sebagainya.

Pada awalnya Sajat suka main makeup, memakai baju wanita kakaknya dan adiknya. Semasa mak sedang tidur, dia memakai kasut tumit tinggi milik maknya.

Di Sekolah sajat kurang bersosial dan gemar bersendiri. naluri wanita kuat membuat Sajat menukar penampilan.

Ibu Dedah Bagaimana Nur Sajat Ambil Langkah Drastik Jadi Mak Nyah

Semasa berumur 14 Tahun di sekolah menengah, Sajat sudah mula memakan hormon. Disitulah pemulaan kehidupan baru Nur Sajat. Yang mula perasan adalah maknya sendiri.

Ibu Cerita Bagaimana Nur Sajat Ambil Keputusan Drastik Jadi Pondan
Nur Sajat Masa Kecil

Sajat membuktikan walaupun dirinya seorang mak nyah , dia mampu cari duit sendiri. Pada awalnya keluarga sajat tidak menerima perubahan Nur Sajat.

Bagi Nur Sajat, Keluarga tidak menerimanya pada awalnya kerana tidak tahan dicerca oleh orang sekeliling.

Ibu sajat menasihati kepada Ibu-ibu diluar sana janganlah hina anak sendiri. Sokonglah mereka. Dan diakui, Ibu si Sajat menyokong perubahan si Sajat .

Ibu Cerita Bagaimana Nur Sajat Ambil Keputusan Drastik Jadi Pondan
Ibu Nur Sajat

Dia tak mahu si Sajat ini tak balik rumah bertahun-tahun hanya kerana Ibu bapa tidak dapat menerima perubahan dirinya. tambahannya lagi biarlah rupanya berubah asalkan hatinya tak berubah.

Baginya ayah si sajat, dia sentiasa mendoakan akan dapat anak soleh. tetapi bila dapat anak yang macam ini kita orang menerimanya.

Bila disoal tentang perkahwinan, Si Sajat tak berkahwin kalau macam ini keadaannya. Ayah si sajat menasihati si sajat supaya jauhi fitnah.

Ibu Cerita Bagaimana Nur Sajat Ambil Keputusan Drastik Jadi Pondan
Nur Sajat berhijab

Adik si Sajat ini menyatakan abangnya tidak minta lahir begini.

“Sakit sebenarnya jadi macam ini. Bayangkan kalau diri saya ini wanita, tiba-tiba saya rasa yang saya lelaki.” kata adik si Sajat.

Ibu Cerita Bagaimana Nur Sajat Ambil Keputusan Drastik Jadi Pondan
Tonton video eksklusif pendedahan bagaimana Nur Sajat memutuskan untuk menjadi Mak Nyah yang diceritakan oleh ahli keluarganya sendiri di bawah.