Friday, 27 October 2017

Bonus pejawat awam RM1,500



KUALA LUMPUR 27 Okt. - Bayaran khas sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada semua penjawat awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran itu akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan.
"Kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan," kata Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE

Monday, 23 October 2017

Kemaluan Sangkut Dalam Botol Minuman


Gara-gara mahu mengeluarkan kemaluan seorang lelaki yang tersangkut pada botol minuman air mineral, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapat panggilan kecemasan jam 11.27 pagi tadi. 

Menurut sumber, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada pihak Hospital Taiping. 

Ketua BBP Taiping Penolong Kanan Penguasa Bomba Hasna Rashid berkata, peralatan khas terpaksa digunakan bomba bagi memotong penutup botol berkenaan. 

Sejak jam 10.30 malam tadi, kemaluan mangsa tersekat pada botol dan gagal dikeluarkan. 

“Ini menyebabkan mangsa berusia 29 tahun terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan. 

"Menurut keterangan mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), kejadian berpunca tindakan isterinya memasukkan botol pada kemaluannya ketika dia mahu membuang air kecil,” katanya. 

Pada jam 12 tengah hari, botol berkenaan berjaya dipotong. 

Sumber - Harian Metro

Sitii Nurhaliza Kini Bergelar Datuk Seri


PEKAN 24 Okt. - Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tiga selebriti lain antara 101 individu menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini. 

Siti Nurhaliza, 38, yang merupakan anak kelahiran Lipis dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. 

Tiga selebriti yang menerima anugerah kebesaran ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof atau nama sebenarnya, Datuk Idris Md. Yusof yang turut menerima SSAP. 

Pereka fesyen iaitu Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn. Bhd., Jovian Mandagie dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk. 
Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim yang merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk. 

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah dan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar. - 

Sumber:  Utusan Online

Jururawat Lelaki Ditahan Selepas Lakukan Hubungan Seks Dengan Mayat


Seorang pembantu jururawat berusia 27 tahun ditahan kerana telah melakukan hubungan seks dengan mayat seorang wanita. 

Berdasarkan sumber, Grover Macuchapi ditahan di Hospital de Clinicas di La Paz, selepas suami kepada wanita terbabit mengetahuinya. 

El Deber, suami kepada mangsa, meninggalkan mayat isterinya buat sementara waktu pada 16 Oktober lalu untuk menyelesaikan urusan bayaran dan dokumen. 

Bila dia kembali ke bilik mayat, dia melihat Macuchapi berdiri pada mayat dengan keadaan seluarnya diturunkan sehingga ke buku lali. 

Mangsa dipercayai meninggal dunia baru sejam akibat komplikasi paru-paru. 

Menurut ketua polis Bolivia, Douglas Uzquiano, ketika kejadian, mayat wanita itu baru sahaja dipindahkan ke bilik mayat. 

"Pembantu jururawat itu melakukan kesalahan nekrophilia (melakukan hubungan seks dengan mayat). 

"Dia (suami) memukul pembantu jururawat itu sehingga pasukan keselamatan tiba," tambahnya. 

Sumber - Dailymail. UK

Thursday, 19 October 2017

''Saya Taknak Ulas Apa-Apa'', Erra Harap Shahir Akan Bertanggungjawab...

Menu 'ayam' bawah umur

Parah Kerana Menegur Muzik Terlalu Kuat


Satu tragedi berdarah telah berlaku di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam di mana seorang remaja cedera parah di bahagian belakang dan kepala akibat ditetak selepas dia dipercayai menegur dua orang lelaki memasang muzik terlalu kuat.

Memetik laporan Berita Harian Online, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz, berkata kejadian berlaku pada jam 2.05 pagi apabila mangsa berusia 17 tahun diserang kira-kira 15 lelaki di kawasan perumahan itu.

Beliau turut memberitahu kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa menegur dan menasihati dua suspek memasang lagu dan muzik dengan kuat menggunakan pembesar suara kereta mereka yang di parkir di kawasan flat.

"Teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan kecil sebelum sekumpulan suspek lain iaitu rakan kepada dua suspek yang awal datang menaiki sebuah kereta dan beberapa motosikal.

"Sekumpulan lelaki kira-kira 15 orang mengerumuni mangsa. Beberapa suspek membawa parang dan pisau menyerang mangsa menyebabkan kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam juga memberitahu bahawa semua suspek dipercayai bukan penghuni di kawasan flat berkenaan.

"Mangsa yang cedera parah dihantar dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dirawat di wad dan kini di bawah pengawasan rapi pihak hospital.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata) dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan senjata)," katanya.

Katanya, sehingga ini belum ada tangkapan dan pihak polis sedang giat memburu suspek.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Sumber : Berita Harian Online

Asmara Hotel Bajet

Nilai: Hasrat pasangan kekasih memadu asmara terbantut apabila ditahan selepas disyaki berkhalwat di hotel bajet dalam operasi bersepadu di sekitar bandar ini, kelmarin.

Difahamkan, pasangan masing-masing berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka berdua-duaan tanpa ikatan sah.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Syamsul Amri Ismail berkata, mereka antara enam pasangan ditahan dalam operasi bermula jam 9 malam itu.

Beliau berkata, operasi turut disertai Bahagian Penguat Kuasa MPN, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

“Lima lagi pasangan ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun termasuk warga Indonesia. Operasi bertujuan menggempur pusat urut, hotel dan rumah penginapan bagi memastikan pengusaha premis mematuhi garis panduan ditetapkan.

“Peraturan baru MPN menetapkan tidak boleh dibina bilik dalam premis perniagaan itu, sebaliknya hanya boleh memasang tirai sebagai penutup. Tukang urut pula harus memakai pakaian seragam yang sopan.

“Pengusaha dikesan tidak mengikut peraturan itu diberi surat amaran dan jika masih melakukan kesalahan sama akan dikenakan kompaun sehingga RM500 mengikut Undang-Undang Kecil Tred UUK24 Perniagaan dan Perindustrian.

“Mereka yang ditahan diserahkan kepada JHEAINS dan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Menurut Shamsul Amri, tiga kompaun dikeluarkan kepada tiga pemilik premis yang didapati melanggar peraturan ditetapkan.

Menurutnya, operasi membabitkan 25 anggota daripada semua agensi berkenaan.

Beliau berkata, MPN mengadakan operasi setiap minggu secara bersama dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan berlainan termasuk membanteras judi haram di daerah ini. Ia juga boleh memberi notis kepada pemilik premis berhubung penyalahgunaan premis mereka untuk kegiatan yang melanggar undang-undang.

Pemeriksaan secara berkala dilakukan pihaknya bagi memastikan pengusaha mematuhi peraturan selain mengekang aktiviti tidak bermoral.

“Kebanyakan yang diperiksa mempunyai permit, tapi apa yang mengecewakan banyak melanggar syarat lesen dan tidak mengikut peraturan ditetapkan MPN.

“Misalnya permohonan permit untuk membuka pusat urut refleksologi, tapi apabila diperiksa didapati ada ruangan bilik khas di premis yang sudah tentu boleh mendatangkan curiga.

“Antara kesalahan lain ialah cermin premis gelap dan pekerja berpakaian mencolok mata,” katanya.

Sunday, 15 October 2017

Permohonan reman ditolak



BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini, menolak permohonan polis untuk mendapatkan perintah reman terhadap seorang ahli perniagaan yang disiasat berhubung kes penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar membenarkan ahli perniagaan itu dan tiga lagi individu lain berusia antara 30 hingga 45 tahun yang disiasat dalam kes sama, dibebaskan hari ini.

Peguam yang mewakili semua suspek, Faizul Mohd Nasir ketika ditemui, berkata pihaknya memohon mahkamah menolak permohonan reman terhadap anak guamnya memandangkan semua mereka sudah direman di beberapa mahkamah sebelum ini.



"Anak guam saya akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah sebelum dibebaskan hari ini," katanya.

Terdahulu, ahli perniagaan yang memakai baju lokap berwarna jingga itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada jam 10.30 pagi.

Sebelum ini, ahli perniagaan itu dibawa ke Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada 2 Oktober lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah yang membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.

Sehingga kini, 210 laporan berhubung penipuan skim perumahan syarikat berkenaan diterima polis daripada mangsa di seluruh negara dan difahamkan satu daripadanya di Pulau Pinang.

Sebelum ini, ahli perniagaan berusia 37 tahun itu pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor; Muar, Johor; Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah serta Kangar, Perlis

Saturday, 14 October 2017

Tombiruo: Penunggu Rimba jadi penanda aras


Penasihat Industri Kreatif Sabah dan Sarawak, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Deddy M Borhan, berkata penulis novel dari negeri ini khususnya perlu mencontohi usaha Ramlee yang berani mengangkat karyanya ke layar perak, selain mengambil peluang itu untuk mempromosikan Sabah.
Katanya, Sabah memiliki ramai penggiat sastera yang mampu menghasilkan banyak naskhah berkualiti, namun terhenti pada medium penulisan saja tanpa dikembangkan ke platform seni berbeza seperti drama, filem dan teater.

Saya boleh dikatakan pengantara penggiat seni dan pihak tertinggi (FINAS). Oleh itu, jika ada pengkarya sastera yang yakin mempunyai karya berpotensi diadaptasi ke filem atau drama, mereka boleh mengemukakan cadangan.
"Penulis harusnya mengambil peluang dan ruang diberi kerajaan atau syarikat penerbitan kerana ini bukan sahaja boleh meletakkan sesuatu karya lebih dikenali, malah membuka mata masyarakat bahawa Sabah memiliki ramai penggiat seni berpotensi," katanya.
Beliau ditemui BH selepas sesi tayangan khas filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang dihadiri kira-kira 100 penonton di City Cineplex, City Mall di sini, malam tadi.
Yang turut hadir ialah salah seorang pengarah Tombiruo: Penunggu Rimba, Seth Larney dan pelakon, Hasnul Rahmat.
RAMLEE Awang Murshid (dua dari kanan) bergambar beramai bersama penggiat seni tempatan Sabah yang hadir selepas tayangan khas filem Tombiruo Penunggu Rimba, di Kota Kinabalu. - Foto Mohd Nazllie Zainul
Sementara itu, Deddy yang juga pengarah filem Azura pada era 1980-an berkata, Tombiruo: Penunggu Rimba adalah antara filem Melayu terbaik yang pernah ditonton beliau.
"Pemilihan pelakon, kesan bunyi, pengarahan, penggunaan kesan khas dan pengolahan cerita dilakukan dengan cemerlang hingga meninggalkan kesan kepada penonton.
"Pemilihan lokasi penggambaran berlatarbelakangkan Sabah juga secara tidak langsung mengangkat keindahan budaya dan bahasa di negeri ini," katanya.
Sementara itu, pelakon dari Sabah, Dg Hasnah Ibrahim teruja menonton filem tulisan bekas rakan sekerjanya di RTM Sabah suatu ketika dulu.
"Saya memang penggemar tegar novel tulisan Ramlee sejak dahulu lagi dan apabila mendapat tahu salah satu novel terkenal beliau yang sudah diterbitkan kira-kira 20 tahun lalu dijadikan filem, sudah pasti mahu menontonnya.
"Selepas menonton filem ini, saya terkejut melihat hasilnya dan tidak keterlaluan kita harus berbangga dengan karya anak kelahiran Sabah diterjemahkan dalam dilem yang kualitinya hampir seperti filem antarabangsa," katanya.
Tombiruo - Penunggu Rimba mengisahkan mengenai Ejim lakonan Zul Ariffin yang digeruni kerana mempunyai kuasa luar biasa dan digelar Tombiruo berikutan wajahnya yang cacat.
Dalam bahasa Kadazandusun, Tombiruo bermaksud roh atau hantu dan filem ini turut membariskan pelakon seperti Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Faizal Hussein, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein dan Farah Ahmad.

Sumber:bhonline

Siti semakin manja, sukar berenggang

SITI Nurhaliza bersama Khalid di Majlis kesyukuran di rumahnya, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. - Foto Syarafiq Abd Samad


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa mengakui, isterinya, Datuk Siti Nurhaliza semakin manja dan sukar berenggang sepanjang empat bulan pertama hamil, namun perubahan itu tidak pernah menjadi beban kepadanya.
Ditemui pada majlis doa selamat dan kesyukuran di kediamannya, malam tadi, Khalid berkata, Siti juga tidak betah jika dia berada di luar terlalu lama atas urusan kerja kerana memerlukan teman untuk sentiasa di sisinya.
"Siti memang manja, malah itu sifat semula jadinya. Cuma, sejak hamil, saya perlu memberikannya lebih perhatian kerana Siti sukar berenggang dan tidak mahu kami berjauhan terlalu lama.
"Jika keluar bekerja, pada jam 4 petang, Siti pasti akan menghantar pesanan bertanya saya di mana. Bagi saya, itu perkara biasa terutama bagi seseorang yang sedang melalui fasa baharu dalam diri.
"Ketika saya ke London, baru-baru ini untuk menguruskan kemasukan anak bongsu di universiti, Siti agak gelisah.
"Begitu juga apabila saya terpaksa meninggalkannya untuk menunaikan haji. Sejak awal lagi, Siti sudah berpesan jangan pergi terlalu lama kerana dia perlukan teman. Biarpun sedikit manja, Siti tidak banyak kerenah," katanya.
Khalid berkata, Siti juga cepat lapar dan jika teringin menikmati sesuatu hidangan, isterinya itu pasti beriya-iya mahu menjamahnya.
"Tetapi apabila hidangan sudah di depan mata, dia hanya menjamah sedikit. Ada ketika, dia langsung tidak menyentuh hidangan sedangkan sebelum itu, dia beriya-iya mahu menikmatinya. Sesekali, dia akan meminta ibu saya menyediakan sajian yang diinginkan.
"Pantang jika ada yang menyebut sesuatu hidangan di hadapannya, dia mesti meminta dicarikan. Mungkin dia mengidam dan sebagai suami, saya cuba penuhi permintaannya. Sebelum hamil, Siti gemar makan pedas tetapi sekarang tidak pula," katanya.
Diijabkabulkan pada 21 Ogos 2006, Khalid berkata, mereka sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan zuriat sejak tahun kedua perkahwinan, namun rezeki hanya menyebelahi mereka selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
"Ada yang bercakap kami banyak duit, kenapa tidak berusaha? Pelbagai usaha kami lakukan selepas perkahwinan memasuki tahun kedua, cuma tidak diberitahu kepada umum.
"Selepas dikurniakan empat anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, saya berharap sangat kami dikurniakan cahaya mata perempuan. Saya hanya mampu berdoa dan berharap impian ini akan menjadi kenyataan," katanya.

Sumber: bhonline