Monday, 28 August 2017

Demi Cinta, Wanita Nekad Peluk Islam Kahwini Lelaki Hidap Kanser Tahap Empat

Demi Cinta, Wanita Nekad Peluk Islam Kahwini Lelaki Hidap Kanser Tahap Empat

Perkenalan selama 12 tahun membuatkan seorang wanita sanggup memeluk Islam dan menjadi isteri kepada pasangannya meskipun disahkan menghidap kanser.

Adrianna Law Abdullah, 31, memeluk Islam Oktober tahun lalu dan kini sah menjadi isteri kepada Alfian Rizal, 31, selepas dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Majlis Agama Islam Melaka, Mohd Shokri Mustaffa, semalam lapor New Straits Times.

Alfian yang berasal dari Melaka disahkan menghidap kanser usus besar dan hati tahap empat sejak Mac lalu dan kini sudah tidak berupaya untuk berdiri mahupun berjalan.

Wanita Tekad Masuk Islam Kahwini Lelaki Hidap Kanser Tahap Empat Kerana Cinta

Meskipun begitu, menurut Adrianna, dia benar-benar ikhlas menerima ketentuan jodoh dengan suaminya itu meskipun dalam keadaan tersebut. Malah, Alfian sendiri tidak pernah memaksanya memeluk Islam.
 
“Selama berkenalan, dia tak pernah mempersoalkan kenapa saya tak nak peluk Islam awal-awal. Dia memberi masa untuk saya kenal Islam dan dapat hidayah.”

“Dia banyak mendidik saya sehingga perasaan cinta itu datang sendiri. Kemudian barulah saya masuk Islam.”

“Keikhlasan dirinya membuatkan saya tertarik sehinggalah membimbing saya mendapat hidayah memeluk Islam tahun lalu. Saya yakin dialah jodoh terbaik buat saya.”

Wanita Tekad Masuk Islam Kahwini Lelaki Hidap Kanser Tahap Empat Kerana Cinta

Mereka mula mengenali hati budi masing-masing dan menjalin cinta ketika sama-sama menuntut di Universiti Multimedia (MMU) Melaka. Menurut wanita kelahiran Sarawak itu, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan pada peringkat awal.

 “Semuanya berlaku begitu pantas. Pada 2015, Alfian sering mengadu keletihan sebelum dimasukkan ke sebuah hospital swasta selama 10 hari kerana kehilangan darah. Tetapi doktor tidak mengetahui puncanya.”

Setahun kemudian, Alfian sekali lagi dimasukkan ke hospital namun doktor masih tetap tidak mengetahui gejala penyakitnya. Sehinggalah dia mengalami gejala jaundis (kegagalan fungsi hati) pada awal tahun ini dan dirujuk ke Hospital Selayang sebelum disahkan menghidap kanser tahap empat lapor Berita Harian.

Wanita Tekad Masuk Islam Kahwini Lelaki Hidap Kanser Tahap Empat Kerana Cinta

Alfian yang juga seorang anak tunggal akui pengorbanan cinta isterinya menjadi kekuatan sebenar untuknya meneruskan kehidupan.
 
“Dalam keadaan diri saya diuji sebegini, Andrea tetap berada di samping saya waktu susah dan senang. Itulah yang membuatkan saya terharu kerana dia menerima saya seadanya.”

“Alhamdulillah, doa saya untuk mengahwininya dimakbulkan Allah SWT.”

Pasangan itu dilaporkan akan berlepas ke Guangzhou, China tidak lama lagi untuk Alfian menjalani rawatan kimoterapi sepenuhnya di sana.

Semoga semuanya berjalan lancar dan semoga keadaan Alfian bertambah baik. InshaAllah.

Tuesday, 22 August 2017

Selepas Melihat Rakaman Semula, Indonesia Mengaku Silap Besar Apabila Meninggalkan Gelanggang Ketika Perlawanan



Persatuan Sepaktakraw Indonesia (PSI) mengakui kesilapan besar skuad sepak takraw wanita negara itu meninggalkan gelanggang ketika menentang Malaysia, semalam.
Timbalan Presiden PSI, H Syafrizal Bakhtiar, berkata tindakan jurulatih serta pemainnya itu kerana terlalu beremosi dan kecewa terhadap wasit (pengadil) bertugas.

“Namun selepas meneliti dan melihat semula data serta video ulangan, ternyata tekong kami mengangkat kaki ketika melakukan servis dan ia adalah kesalahan.
“Ketika itu, jurulatih, pemain dan barisan pengurusan kami hanya melihat dengan mata kasar dan kami akui sudah melakukan kesilapan,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Syafrizal, beliau selaku pengurus pasukan semalam, cuba memujuk jurulatihnya supaya tidak meninggalkan gelanggang namun disebabkan perlawanan yang sedang ‘hangat’, hal yang kecil pun boleh menjadi besar.


“Saya sebagai pengurus pasukan sudah berusaha mengikuti peraturan bahawa kami tidak boleh melakukan protes besar dan hanya boleh membuat bantahan mengikut undang-undang ISTAF (Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa) dan menggunakan prosedur yang betul.
“Namun kemarahan yang tidak terbendung itu, kami ‘keluar gelanggang’ dan kami kesal serta memohon maaf atas kesilapan itu,” katanya.
Insiden protes sehingga meninggalkan gelanggang itu tanda bantahan jurulatih Indonesia, Asry Syam terhadap keputusan pengadil Singapura, Mohd Radhi Che Mei membatalkan empat servis yang dilakukan tekong dari negara itu, Lena, ketika mereka sedang mendahului set kedua dengan 16-10.


Tindakan Indonesia itu memberi kemenangan 2-0 secara pembatalan kepada Malaysia selepas pasukan tuan rumah menang set pembukaan dengan 22-20.
Nasib Indonesia bakal diketahui dalam masa terdekat ini selepas Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan akan bermesyuarat bersama jawatankuasa teknikal yang lain bagi menentukan jenis hukuman yang akan dikenakan ke atas republik itu.

Doa Agar Rezeki Turun Mencurah-curah Dari Langit, Laut Dan Bumi



Ramai Yang Resah dan Gelisah Bila Memikirkan Hal Rezeki. Tapi Jangan Lupa. Yakinlah Rezeki Dan Rahmat Allah Itu Luas.
Jom Amalkan Doa Ini Agar Rezeki Turun Mencurah-curah Dari Langit,Laut Dan Bumi Dari Arah Yang Tak Disangka-sangka..Dengan Izin Allah..Aamiin..
PETUA MURAH REZEKI
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya. (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: (iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (Ar-Rad: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya. (Riwayat Abu Yaala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu. (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu alam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki. (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya. (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya. (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras. (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asmaul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca Ya Allah ya Fattah berulang-ulang, diiringi doa: Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim. Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu alam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya). (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang. (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya

Bujang Atau Dah Jadi Bini Orang, Wanita Patut Kisah & Buat 6 Amalan Ini Untuk Kempiskan Perut Buncit!



Wanita memang akan mengeluh tentang perut. Baik yang sudah berkahwin, sudah beranak, mahupun anak dara, perut buncit ni memang dah jadi satu masalah wajib kaum wanita.
Jangan sedih sangat, kita selongkar kaedah-kaedah yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini. Kalau tak banyak, dapat kurangkan sikit perut buncit pun jadilah…
1. Tidur kena cukup
Tidur membantu sistem dalaman tubuh mendapatkan rehat yang cukup untuk menggantikan sel-sel badan yang telah rosak. Bila cukup tidur, sistem saraf, pengeluaran hormon, dan metabolisme kita juga akan berada pada tahap optimum dan akan menjadi lebih cergas.
2. Amalkan minum air limau
Air limau sangat bagus diminum sejurus bangun pagi dan setiap kali lepas makan. Ini membantu fungsi hati untuk mengelakkan lemak terbentuk di pinggang. Air limau boleh meningkat enzim yang membantu proses nyahtoksik hati kita supaya berfungsi dengan lebih efektif.
3. Curi hari untuk puasa
Berpuasa juga salah satu kaedah untuk ‘nyah’ toksik hati. Amalan berpuasa dikatakan antara teknik mengempiskan perut yang paling berkesan. Lagipun, ini lebih mudah daripada kita merancang diet yang mungkin tidak mampu kita ikut.
4. Minum teh halia
Kebanyakan orang tahu, halia membantu untuk membuang angin dalam badan. Amalan teh halia dapat membantu proses pencernaan secara semulajadi tanpa bantuan suplemen atau ubat-ubatan.
Bila rajin minum teh halia, ini meningkatkan suhu badan dan membantu proses pembakaran lemak terutama pada bahagian perut.
5. Elak terlebih gula dan garam
Pernah tak terasa macam kembung perut selepas makan ‘fast food’ atau makanan masin? Haaa… makanan yang tinggi natrium boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan. Ya, inilah yang menyebabkan perut kita buncit. Garam berlebihan juga menjadi punca kegagalan jantung, strok, dan kanser usus.
Makan atau minum terlalu banyak benda manis pula akan meningkatkan kadar insulin dalam badan. Ini menyebabkan pengumpulan lemak di kawasan perut kita. Ah, tak sanggup!
6. Bersenam walau terpaksa
Setiap senaman tu ada fungsinya yang tertentu. Begitu juga dengan beberapa jenis senaman yang sesuai dibuat untuk mengempiskan perut.
Wanita, jangan malas ya! Nak kempiskan perut bukan mudah, kena semangat yang tinggi dan rajin senam untuk kempiskan perut. Selamat mencuba!
Sumber: Majalah Wanita

Monday, 21 August 2017

Aplikasi Sosial Jadi Lubuk Seks Masa Kini..




Kuala Lumpur: Dewasa ini kemunculan medium media sosial ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter, Wechat, Bigo Live, Telegram, Tumblr, Pinterest dan sebagainya menjadi medium komunikasi yang berkesan untuk menyebarkan maklumat dan isu-isu semasa.


Aplikasi sosial sebegini juga dapat dan telah dijadikan alat untuk memasarkan produk dan menjana sumber pendapatan seseorang. Ramai yang telah berjaya menjadi usahawan media sosial.


Namun, penyalahgunaan perkhidmatan tersebut juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat.


‘Bigo Live’ yang hangat diperkatakan pada April tahun ini kini kian menyepi. Bigo Live adalah aplikasi yang berbentuk ‘live streaming’ dimana pengguna boleh berinteraksi secara langsung seperti berkenalan dengan rakan baharu.


Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara berkata aplikasi berkenaan dianggap sebagai ”pelacur media sosial” yang memberi ancaman kepada generasi muda, terutamanya pelajar sekolah.


Mustapa berkata penonton aplikasi itu begitu ghairah memberi ‘hadiah’ kepada pemilik akaun ‘Bigo Live’ yang dengan mudah menayangkan ‘aset’ mereka, termasuklah aset yang tidak sesuai untuk ditayangkan. Ada antara mereka tanpa segan silu menari dan melakukan aksi ghairah untuk mendapatkan ‘hadiah’ daripada penonton.


Beliau berkata, “Ianya semakin membimbangkan apabila ada antara mereka memberi komen lucah dan mahukan lebih daripada apa yang ditayangkan dan perkara ini mengundang ketagihan kepada pengguna dan akhirnya menjebakkan diri kepada perkara tidak sihat.”


Aplikasi ”Bigo Live” ini dibangunkan oleh syarikat dari Singapura mempunyai pengikut terutamanya dari negara Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina itu, memberi pendapatan kepada pemilik akaun menerusi ‘hadiah’ yang diterima sepanjang waktu siaran langsung itu.


Menurut Datuk Mustapa lagi, teknik pemasaran seperti itu menarik minat pengguna aplikasi itu untuk mendapatkan seberapa banyak ‘hadiah’ daripada penonton.


Dengan adanya aplikasi sebegini, remaja yang baru meningkat dewasa akan mudah terpengaruh untuk melakukan hubungan seks kerana pada usia tersebut sifat ingin tahu mereka sangat tinggi. Hal ini menyebabkan berlakunya zina, rogol dan sebagainya dan akhirnya lahirlah anak luar nikah.


Datuk Mustafa menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyiasat aplikasi ‘Bigo Live’ dan mengambil tindakan segera mengharamkan penggunaan aplikasi tersebut


Sumber: https://www.menara.my

Wednesday, 16 August 2017

‘Kalau Berani, Datang Sini!’ – Isteri Saleem Beri Amaran Kepada Syarikat Rakaman Syafiq Farhain


Semalam melalui portal berita, penyanyi baru, Syafiq Farhain telah memohon maaf secara terbuka kepada bapanya Saleem isu dituduh menggunakan popularitinya untuk menjadi penyanyi seperti yang dilemparkan kepadanya.

Syafiq telah menafikan dia mengunaakn populariti Saleem untuk mandapat publisiti dengan menyanyikan lagu bapanya, menurut beliau tindakan menyanyikan lagu itu adalah kerana tidak dapat lari dari permintaan peminatnya.

“Saya tidak pernah malu mengaku Saleem adalah bapa kandung, cuma saya tidak selesa apabila ada orang memandang tinggi disebabkan bapa saya. Dakwaan mengatakan saya menuduh bapa dengan perkara tidak baik adalah tidak benar sekali.

“Hubungan saya dengan bapa masih baik. Saya kenal bapa saya dan menghormatinya selama ini. Saya tidak mahu percaya apa yang orang cakap selagi tidak mendengar daripada mulutnya mengenai diri saya. Saya sangat sayangkannya. Saya tidak tergamak untuk memburuk-burukannya malah menyanjunginya sebagai seorang bapa,” jelas Syafiq.

Namun hari ini dilihat nampaknya keadaan semakin panas selepas Julia iaitu isteri yang juga merangkap pengurus Saleem dilihat berang dengan pihak syarikat rakaman Syafiq yang didakwanya melarikan diri dan tidak datang selepas diminta memberikan penjelasan.

Di dalam video yang dimautnaik oleh Utusan Online, beliau mencabar syarikat rakaman jangan hanya berani membuat kenyataan diluar, sebaliknya datang berdepan jumpa dengannya.

“Mulanya saya warning dia, kau nak promosi album baru kau, jangan kaitkan nama Saleem. Kaut keuntungan poket sendiri. Saleem masih hidup.

“Apa motif nak pakai nama Saleem untuk promosikan album baru kau. Saya dah bagi surat larangan tapi mereka buat juga. Jangan kaitkan nama Saleem dalam promosi album. Berdiri di atas bakat sendiri,” jelas Julia.

Dakwa Julia lagi, kenapa perlu berterusan menyebut nama Saleem dalam sebarang promosi.

Menerusi update terbaru, wakil pihak rakaman dilaporkan telah pun meminta maaf secara terbuka kepada Saleem dan pengurusnya. Sebarang promosi Syafiq Farhain selepas ini takkan lagi menyentuh nama Saleem.

Sumber: https://terengganutimes.com

Gadis Terjatuh Ke Dalam Gaung, Bukan Ditolong Malah Diperkosa

Gadis Terjatuh Ke Dalam Gaung, Bukan Ditolong Malah Diperkosa

Seorang gadis cantik bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di Vietnam, dikenali sebagai Hannah Gavios, 23, dari New York, Amerika Syarikat sedang bercuti di Krabi, Thailand.

Hannah pada malam hari itu meluangkan masa di pantai sehingga waktu malam, dan ketika hendak pulang dia tersesat dan terlupa jalan hendak pulang ke tempat penginapannya lapor Dailymail.

Wanita Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol

Dalam usaha untuk kembali pulang, Hannah terjumpa sebuah kedai lalu bertanyakan kepada seseorang yang berada di situ untuk memandunya pulang ke tempat penginapan.

Waktu itu telah pun jam 11 malam, walaupun ragu-ragu dengan pelawaan dari salah seorang lelaki pekerja di tempat itu namun Hannah terpaksa mengikut sahaja kerana terlalu keletihan dan ingin sekali berehat.

Ketika perjalanan menuju ke tempat penginapan, ternyata laluan yang ditunjukkan oleh lelaki itu adalah satu tempat kawasan gelap dan tidak semena-mena lelaki itu cuba untuk memperkosa Hannah. 

Meronta dan cuba melepaskan diri, Hannah sempat menggigit telinga si pemerkosa lalu memberikannya sedikit peluang untuk menjarakkan diri.

Wanita Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol

Ketakutan dan ingin menyelamatkan diri, Hannah berlari sekuat hati di kawasan gelap itu dan tanpa diduga Hannah telah terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih kurang 45 meter.

Walaupun tersangkut dan tersadai serta beberapa hantukan menimpa Hannah, akhirnya dia terbaring di semak samun dengan kaki patah dan kecederaan pada pinggang.

Ruangwong lelaki nafsu binatang yang cuba memperkosa Hannah lantas turun ke bawah gaung itu untuk mencari Hannah yang kini tidak boleh bergerak.

Wanita Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol

Melayan nafsu binatangnya Ruangwong bukan datang untuk menyelamatkan Hannah tetapi memperkosa Hannah sehingga kepuasan sebelum beredar pulang.

Wanita Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol

Setelah terdampar beberapa jam di hutan dalam keadaan tidak sedarkan diri, akhirnya Ruangwong datang semula ke tempat Hannah dengan membawa ambulans untuk misi menyelamat.

Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol

Setelah mendengar khabar dari Thailand, kedua ibu bapa Hannah bergegas terbang ke Thailand untuk menjaga Hannah yang kemungkinan lumpuh dan sedang dirawat di sebuah hospital di Thailand.

Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogol

Setelah didapati bersalah, Ruangwong dikenakan hukuman hanya 5 tahun penjara dan keputusan itu dirasakan oleh Gwen (ibu kepada Hannah) adalah sungguh tidak adil kerana Hannah harus berhadapan dengan situasinya sepanjang hayatnya serta keluarganya akan membelanjakan USD200,000 untuk rawatan fisioterapi.

Terjatuh 45 Meter Ke Gaung, Bukan Ditolong Malah Dirogola

BABY MADE IN FRANCE, JIHAN MUSE HAMIL 4 BULAN

Pengacara dan pelawak, Nuur Jihan Muse mengumumkan yang dia kini sedang hamil empat bulan.
Jihan mendedahkan berita gembira tersebut secara eksklusif di rancangan MeleTOP sebentar tadi.
Jihan menggantikan Neelofa sebagai pengacara MeleTOP pada minggu ini kerana Neelofa masih lagi berada di Amerika Syarikat.
“Saya mengalami mabuk teruk, sekarang ini dah masuk trimester kedua, Alhamdulillah, semuanya sudah okay, dah boleh kembali bekerja,” kata Jihan di rancangan MeleTOP.
Secara berseloroh, Jihan mengatakan anak yang sedang dikandung olehnya merupakan anak ‘made in France’.
“Secara kebetulan, saya berada di Perancis untuk menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja. Watak Sabatini yang saya jayakan sedang hamil. Tak sangka saya memang betul-betul sedang mengandung.
“Kepada yang berteka teki, saya tak mahu beritahu awal-awal. Selepas masuk trimester kedua, sekarang sudah okay untuk saya beritahu,” katanya lagi.
Jihan, 34, sah bergelar isteri kepada aktor Ungku Hariz, 32, pada 20 Mac 2016 dengan sekali lafaz tepat pukul 3.22 petang di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam.
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber : gempak.com

Saturday, 12 August 2017

Berang tidur petang terganggu, bapa pukul dan tekup muka anak dengan bantal sehingga mati



JAKARTA UTARA, INDONESIA - Tidak tahan mendengar tangisan bayinya berusia 3 bulan yang membantutkan hasratnya untuk tidur petang, seorang bapa tergamak memukul sebelum menekup muka mangsa sehingga mati, lapor Tribun News. 

Dalam kejadian jam 2 petang, Khamis, di kediamannya Tower Dahlia 19, Apartment Gading Nias, Kecamatan Kelapa Gading, bayi perempuan berusia 3 bulan itu dipukul dengan botol bedak bayi sebelum ditekup dengan bantal, menyebabkan mangsa lemas. 

Sebelum kejadian, Faisal Amir, 27, baru saja mahu melelapkan matanya. Namun anak perempuannya itu menangis menyebabkan dia berang lalu memukul kaki mangsa menggunakan botol bedak bayi. Malangnya, tindakan Faisal itu membuatkan mangsa semakin kuat menangis kerana kesakitan. 

Berang dengan tangisan mangsa, Faisal kemudian mengambil bantal lalu ditekup pada muka mangsa sebelum kembali meneruskan hasratnya untuk tidur petang. 

"Ketika itu saya mahu tidur petang. Tetapi anak menangis tak henti-henti. Saya geram, lalu saya pukul kakinya menggunakan botol bedak bayi dan dia masih menangis lagi. 

"Pada masa itu saya nampak ada bantal di bawah kepala saya, lalu saya tarik dan tekup wajahnya dengan bantal. Masa itu saya dah geram sangat," katanya. 

Selepas tiga jam kemudian, Faisal terbangun dari tidur dan tidak menyedari bayinya itu sudah tidak bernyawa. Faisal kemudian membuat susu untuk anaknya dan ketika mahu memberikan susu itu kepada mangsa, barulah dia tersedar mangsa sudah tidak lagi bernyawa. 

"Saya cuba memberi bantuan pernafasan, tetapi anak tidak memberikan sebarang respon. Tiada tanda yang dia akan bernafas semula," katanya yang menyesal dengan tindakannya sebelum itu yang telah membunuh anaknya sendiri. 

"Jujur saya menyesal melakukan perbuatan itu. Saya bunuh anak saya sendiri hanya kerana tidak tahan mendengar tangisannya," katanya. 


Ketua Polis Jakarta Utara, Kombes Pol Dwiyonon berkata, suspek dalam keterangannya juga telah mengaku membunuh anaknya sendiri kerana tidak tahan mendengar tangisannya. Juga difahamkan suspek mengalami tekanan hidup kerana sudah lama menganggur.

"Suspek juga mengalami tekanan kerana sudah lama menganggur. Dia juga kesal dengan anaknya yang sering menangis menyebabkan dia memukul mangsa dengan botol bedak bayi sebanyak tiga kali sebelum menekup wajahnya dengan bantal sehingga lemas. 

"Ketika kejadian berlaku, hanya suspek dan mangsa sahaja berada di rumah. Manakala isterinya tiada di tempat kejadian kerana bekerja sebagai pegawai akauntan di Tanjung Priok dan hanya pulang ke rumah seminggu sekali. 

"Jadi mungkin suspek juga tertekan kerana isterinya yang jarang pulang dan hanya dia seorang saja yang menguruskan bayi perempuan mereka sendiri," jelasnya. 

Mangsa disahkan meninggal dunia kerana lemas selepas wajahnya ditekap dengan bantal. 

Siasatan polis mendapati, Faisal menyedari anaknya sudah tidak bernyawa dalam keadaan muntah dan membuang air besar. Melihat keadaan itu, Faisal segera membersihkan kotoran itu sebelum menghubungi saudaranya, Lily, 50, yang melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. 

Sementara itu, keluarga Faisal, Fira, menegaskan bahawa mereka percaya suspek tidak sengaja membunuh bayinya. Malah keluarganya juga menyangkal dakwaan media kononnya Faisal telah membunuh bayinya sendiri. 

"Setahu kami, abang Faisal tidak bunuh anaknya sendiri. Dari apa yang dia ceritakan kepada ibu saya, kejadian itu tidak disengajakan," katanya.

Faisal kini ditahan mengikut Akta 340 kerana membunuh anaknya sendiri yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun. 

4 MAKANAN YANG BERSIHKAN PARU-PARU DALAM MASA 72 JAM – PEROKOK WAJIB BACA !!


Perokok sememangnya tahu bahaya merokok bagi kesihatan tapi tidak semua dari mereka mampu berhenti terutama jika telah menjadi perokok aktif selama bertahun-tahun.
Dalam artikel pengensehat.com kali ini kita akan mendedahkan empat jenis makanan yang terbukti dapat membersihkan paru-paru secara semulajadi dan pantas. Semua perokok wajib membaca artikel ini.
Salah satu efek paling merugikan dari rokok adalah kesan candu yang ditimbulkannya. Penyebabnya adalah nikotin yang merupakan zat ketagihan yang menimbulkan perasaan candu dalam diri perokok.
Nikotin mempengaruhi keseimbangan kimia dalam otak terutama hormon dopamine dan norepinephrine yang mengendalikan rasa puas, rileks dan bahagia.
Apakah makanan yang boleh membersihkan paru-paru perokok dalam masa yang singkat?
Makanan untuk membersihkan paru-paru
Jika seseorang mengisap rokok, nikotin di dalamnya akan merangsang otak untuk menghasilkan sedikit dopamin, akibatnya si perokok akan merasa rileks dan nyaman. Alam bawah sedar kemudian terus menerus meminta agar dopamin dihasilkan dengan lebih banyak, caranya dengan terus menambah pengambilan rokok.
Sayangnya, kebiasaan merokok ini memberi kesan kepada organ tubuh yang lain. Sebatang rokok diketahui mengandungi ratusan zat bahan kimia berbahaya seperti amonia, karbon monoksida, nikotin, kromium, kadmium, plumbum, dan lain-lain. Memasukkan bahan-bahan kimia ini ke dalam tubuh sama dengan meracuni tubuh sendiri.
Sebuah kajian pernah dilakukan terhadap paru-paru perokok. Hasilnya, orang yang menghabiskan satu bungkus rokok setiap hari berisiko mengalami kanser paru-paru 20 kali lebih besar dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok, di mana sebahagian besar kes kanser paru-paru baru muncul ketika perokok telah mencapai usia di atas 40 tahun.
Selain kanser, perokok juga berisiko mengalami jangkitan paru-paru yang dimulakan dengan gejala batuk kronik dan sering bercampur darah. Pada umumnya perokok mengabaikan gejala ini sampai akhirnya struktur paru-paru jadi rosak sehingga tidak dapat berfungsi dengan normal dan akhirnya akan menimbulkan komplikasi pada jantung.
Tidak ada cara untuk menghindari penyakit-penyakit di atas selain berhenti merokok dan mulaikan menjalani gaya hidup yang sihat. Tapi bagi anda yang masih sangat sukar untuk berhenti merokok, di bawah ini kami sediakan beberapa jenis makanan yang boleh anda ambil untuk membersihkan paru-paru anda dari racun dan zat kimia berbahaya.
4 Makanan Untuk Membersihkan Paru-Paru
Khabar baiknya adalah para ilmuwan baru-baru ini mengumumkan beberapa jenis makanan yang terdiri daripada buah dan sayuran yang mengandungi zat yang dapat membersihkan paru-paru dari zat kimia berbahaya dari rokok secara pantas.
1. Halia
Halia memiliki sifat antiseptik dan antibakteria dan juga membantu saluran bronkial untuk menghilangkan zat-zat berbahaya dari paru-paru. Manfaat yang umumnya langsung terasa oleh perokok setelah memakan Halia adalah pernafasan jadi lega dan nyaman. Cara terbaik untuk memakannya adalah dengan mengunyah sepotong halia segar untuk membuka saluran pernafasan yang tersumbat.
2. Jeruk bali
Jeruk bali memiliki khasiat yang sangat besar bagi kesihatan terutama untuk melawan kanser paru-paru. Buah ini sangat kaya dengan antioksidan yang dapat membantu tubuh mencegah sel kanser daripada tumbuh.
Menurut seorang pengkaji bernama Dr. Corrine Hanson, grapefruit atau jeruk bali juga kaya vitamin C yang menyebabkan buah ini memiliki kemampuan menghalang enzim yang dapat mengaktifkan sel kanser paru-paru. Perbanyakkanlah memakan jeruk bali jika anda seorang perokok aktif.
3. Selenium
Selenium adalah mineral yang merangsang enzim dan berkerjasama dengan vitamin E membantu dalam memperkuat membran paru-paru. Hasil penelitian mendapati kadar selenium dalam tubuh berbanding terbalik dengan jumlah sel kanser. Ertinya jika selenium banyak, maka sel kanSer akan menurun atau mungkin hilang, begitu pula sebaliknya.
Mineral Selenium banyak ditemukan dalam tembikai, cendawan, tiram, bayam dan ubi jalar. Jika anda seorang perokok, anda wajib mengambil makanan-makanan tersebut untuk meningkatkan daya tahan tubuh dan membersihkan paru-paru anda dari racun.
4. Bawang Putih
Kajian pernah dilakukan di Jiangsu Provincial Centre for Disease Control and Prevention di China. Hasil keputusan mendapati, rajin memakan bawang putih minimum dua kali seminggu dapat menurunkan risiko kanser paru sampai 44%.
Bawang putih dikenali mengandung antioksidan yang dapat mengurangkan radikal bebas dalam tubuh dan mengandungi allicin yang berfungsi untuk menghilangkan inflamasi dalam tubuh.
Itulah empat jenis makanan yang dapat membersihkan paru-paru dari racun akibat merokok. Selain keempat makanan tersebut, anda juga boleh memakan nagka belanda/durian belanda sebagai ubat penyakit kanser. Semoga bermanfaat, jangan lupa sebarkan artikel ini kepada rakan anda yang perokok aktif.